A) Adat kaum cina
Kaum cina yang beragama
campuran Taoist dan buddha , mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau
mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan minum ahli keluarga yang
telah mati . pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukan ketaat
mereka kepada nenek moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup
macam mereka.
Oleh itu, bahan
yang dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang
. Kertas perak merupakan duit . Colok juga dibakar sebagai satu penghormatan
dan bentuk makanan kepada leluhur.
Seterusnya, bahan-bahan kertas dibakar untuk luhur ,makanan disajikan .
Pada malam yang sama selepas pergi kubur . Di tempat kediaman juga akan
diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman .
B)ADAT KAUM MELAYU
Selepas perbincangan , majlis pertunangan di adakan . Pihak
lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat. Pada
dalam masa yang sama majlis kenduri akan diadakan untuk majlis bertunang
tersebut di rumah perempuan. Hantaran yang ada ialah tepak sirih, sebentuk
cincin, berserta hantaran yang lain.
Akad nikah
C) ADAT KAUM INDIA
Perayaan
Bagi kaum india , mereka meraikan perayaan mereka tersendiri
seperti Deepavali , Thaipusam dan Ponggal dalam setiap tahun . Semasa perayaan
Deepavali , penganut hindu akan menjalani mandi minyak bagi melambangkan
penyucian badan dan semangat . Seterusnya , thaipusam pula merupakan perayaan
menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi . Ponggal pula
diraikan secara beramai-ramai iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang
diperbuat daripada tanah liat . Ia juga membawa kesejahteraan dan persaudaraan
kepada mereka yang lama terpisah .
Perkhawinan
Ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri
agar kekal hingga ke akhir hayat diberi maksud thirumanam . Terdapat beberapa
jenis perkhawinan dalam kaum india seperti , vaitikat thirumanam , tamil
thirumanam dan diya thirumanam . Perkhawinan ini dilancarkan dengan
berlandaskan aspek suku kaum . Adat yang dilakukan untuk menghormati dan
mendapat restu ialah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di atasnya ,
menuang air susu kedalamnya , memberi sirih . Pasangan pengantin akan membuat
bertukaran kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu
bercampur pisang di dalam gelas .
Kematian
Masyarakat india mempercayai tentang konsep kelahiran semula
bagi mereka kematian itu diibaratkan tidur dan mereka akan bangun selepas tidur
. Dalam masyarakat india juga , mayat akan dibakar atau dikebumikan .
Isi yang padat dan menarik 👏🏻👏🏻
ReplyDeletegood 👍
ReplyDeletealhamdulillah saya dapat sedikit ilmu harini
ReplyDelete